Thursday, August 29, 2013

Aku ada paspot nak gi ke Negeri Neraka

Kita beratur dalam tiga baris macam nak ambil nomber di hospital TgRahimahKlang
Lambat sungguh bergerak
Tiba tiba cepak, berbaris bayar 20 sen nak masuk pasar, nak jual ke nak beli.

Aku ada surat, kamu ada surat
s sombong
u ujud
r riyak
a angkuh
t takbur

aku ada
dengki
benci
khianat
iri hati
suka fitnah
suka adu domba

aku suka
bermegah dgn diri sendiri, anak,isteri,harta, pankat, darjat, kuasa

Saturday, August 24, 2013

Neraca, telaga dan jambatan



Kita sampai dengan kereta Toyota KE 30 di tasik, tiada orang disitu .
Nampak bekas tapak kaki yang bayank. Nampak bekas yang tak dapat di asalkan. Bekas tapak apa tu? Dimana Iman kami?
Lalu dengan laju kami pecut kereta kami keneraca,  Iman ada disitu. Tekat rasa amat haus, terlupa untuk cedok air ditasik.

Tiba tiba neraca didepan kami
Kami keluarkan semua kebaikan dari kocek kanan kami, letak di timbang kanan dan kami keluarkan semua kejahatan kami dari kocek kiri kami, letakkan diatas timbang kiri. Lalu aku pejam mata tidak mahu melihat, dacing berayun . Dimana dia berhenti? Dimana penghulu kami? Kata dia sudah pergi ke jambatan.

Sampai di jambatan tiada orang hanya aku dengan jambatan saja, penghulu  sudah tiada. Aku gerun melihat betapa sempitnya jambatan.Kenapa jambatan terbalik? Rupanya aku berjalan dengan muka ku, bukan dengan kaki bukan dengan kereta Toyota KE 30 ku.